Pages

Rabu, 1 Jun 2011

31 Mei 2011

Dah sebulan berlalu....banyak yang sudah berlalu di bulan mei ne...pelbagai cabaran yang berlalu.....dengan si dia pun ak hampir-hampir nak ada masalah yang serius...nasib baik si dia tidak mudah merajuk...ak saje yang lebih-lebih kot....hmmm...bulan mei ne ak macam jadi tak menentu je..kadang-kadang ok je...nak kata ada masalah tidak gak...pe yer...jd mikir lak....adui....

Bulan mei....ada banyak gak perubahan...perubahan yang baik rasanya ada gak..tetapi yang kurang baik pun ada gak...ketidakadilan pun turut juga berlaku....hmm...malas lah nak citer....nanti tak pasal-pasal kene kang.......malas lah nk pikir-pikir sangat....

Alhamdulillah.....arini last bulan mei terasa ok cikit....tak la serabut sangat....rasa tenang je....cuaca pun ok je...tak la panas sangat....ku harap pe yang ingin capai terlaksana....

Arini....last bulan mei ne...moga bulan jun ne...tidak ada pe-pe masalah yang serius...kalau ada pun moga dapat diselesaikan dengan mudah....

Sabtu, 14 Mei 2011

Manusia dan Iblis

Sesungguhnya, Allah yang mencipta Adam dan menjadikan Adam seorang manusia dan kemudian Allah berkata kepada malaikat-malaikat: "sujudlah kamu kepada Adam" dan mereka sujud tetapi tidak iblis- dia enggan sujud kepada Adam dan itu ialah kerana iblis enggan termasuk dalam golongan yang sujud.

Allah menyoal iblis: Apakah yang menghalang kamu daripada sujud ketika Aku perintahkan kamu sujud kepada Adam?: "Darjat aku lebih tinggi daripada Adam dan aku diciptakan dari api sedangkan Adam dijadikan dari tanah" Allah menghukum iblis:"Turun kamu dari tempat ini dan itu ialah kerana ini bukan tempat untuk kamu berlaku biadap. Keluar kamu dari tempat ini kerana kamu dari golongan yang hina.

Iblis minta kepada Allah: "Berilah tempoh kepada aku hingga ke Hari itu di mana manusia akan dibangkitkan semula" dan jawapan Allah kepada iblis:"Kamu dari golongan yang diberi tempoh.

Iblis berkata:"Disebabkan Kamu mengeluarkan aku dari tempat ini, maka aku akan tunggu manusia yang Kamu cipta di jalan benar Kamu dan aku akan menyerang serta menghasut mereka dari arah hadapan mereka serta dari arah belakang mereka dan dari arah kanan mereka serta kiri mereka supaya mengingkari jalan benar Kamu dan Kamu akan dapati kebanyakan mereka berlaku khianat kepada Kamu" Allah menghukum iblis:" Keluar kamu dari tempat ini dan kamu makhluk terhina dan terusir dan sesiapa di antara manusia yang menurut kamu, maka Aku akan penuhi Neraka Jahanam dengan golongan kamu.

Allah memberi pringatan dan amaran kepada Adam dan isterinya:"Ya Adam! Tinggalllah kamu dan isteri kamu di Al-Jannah ini dan makanlah makanan yang kamu sukai tetapi janganlah kamu berdua hampiri pokok ini dan jika kamu hampirinya, maka kamu berdua akan menjadi Orang Zalim.

Dan setelah itu, Shaitan membisikkan hasutan kepada Adam dan isterinya supaya dapatlah ia menampakkan kepada mereka alat kemaluan mereka yang sebelum itu tertutup dari pandangan mereka. Shaitan berbohong kepada mereka:"Allah mengharamkan kamu berdua menghampiri pokok ini kerana Allah tidak mahu kamu berdua menjadi malaikat atau makhlik yang tidak akan mati" dan Shaitan menggunakan nama Allah untuk bersumpah palsu dan berkata:"sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat baik."

Maka Shaitan dapat menipu Adam dan isterinya melakukan perkara yang dilarang Allah dan setelah mereka makan buah dari pokok itu, maka terdedahlah kepada mereka alat kemaluan mereka yang sebelum itu tertutup dari pandangan mereka dan mereka menggunakan daun-daun yang terdapat di Al-Jannah untuk menutup alat kemaluan mereka dan Allah menyoal Adam dan isterinya:"Tidakkah Aku telah melarang kamu berdua dari menghampiri pokok itu dan tidakkah Aku telah katakan kepada kamu berdua bahawa Shaitan adalah musuh kamu yang nyata.

Adam dan isterinya merayu kepada Allah:"Ya Allah, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Allah tidak ampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, sudah pasti kami akan menjadi golongan yang rugi. Jawapan Allah kepada Adam dan isterinya:"Turun kamu semua dari sini. Bumi menjadi tempat kamu akan hidup bermusuh-musuhan antara keturuanan manusia dan keturuanan shaitan sehingga tiba waktu mati kamu. Di bumi kamu akan hidup dan di bumi kamu akan mati: dan dari bumi itu kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.

Semua perkara diatas merujuk kepada Surah Al-A'raf.



Isnin, 2 Mei 2011

Selamat Hari Pekerja

Setiap 1 Mei kita akan menyambut hari pekerja, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua yang bekerja.

Hari Pekerja atau lebih dikenali sebagai Hari Buruh mula diiktiraf pada tahun 1973,dan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am (cuti umum) pada tarikh 1 Mei setiap tahun bagi menghargai sumbangan setiap pekerja.

Bukan itu sahaja, ia juga merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja dan ini dikenali sebagai Hari Pekerja Antarabangsa. Dengan itu tarikh 1 Mei dipilih serta digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour  pada tahun 1872 di Kanada, meminta lapan jam waktu bekerja di Amerika Syarikat serta dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886 dan ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket pada tahun 1886.

Pelbagai cabaran yang ditempuhi dalam menegakkan keadilan hak-hak pekerja supaya pekerja tidak di tindas oleh majikan yang hanya mementingkan diri sendiri. Dan setiap masa dan saat persatuan pekerja tetap mempertahankan hak-hak pekerja supaya peristiwa sebegitu tidak berulang lagi serta memperkukuhkan lagi apa yang telah mereka miliki sekarang.

Pekerja merupakan nadi bagi setiap syarikat, organisasi ataupun negara. Tanpa pekerja yang produktif dan proaktif adalah sukar bagi syarikat atau sesebuah organisasi untuk beroperasi apa lagi berkembang dari semasa ke semasa. Disamping itu pelbagai anugerah diwujudkan bagi menghargai sumbangan pekerja yang telah berjaya mempamerkan keberkesan dalam menjalankan setiap tugasnya.

Dengan itu marilah kita bersama-sama meningkatkan mutu kerja kita supaya lebih berkualiti dan membantu  organisasi atau syarikat supaya lebih maju dan berkembang.









Selasa, 12 April 2011

Api Yang Membara......


Perasaan marah adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia. Marah ibarat api dalam sekam. Siapa yang tidak pernah marah? Kemarahan secara umumnya dianggap sebagai aspek yang negatif dan mengakibatkan sesuatu yang tidak baik yang akan berlaku. Tetapi marah juga boleh membantu dalam perubahan diri yang lebih baik. Apa pun definisi yang digambarkan, marah adalah sifat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada makhluknya

Marah sebahagian daripada makhluk, ia adalah sesuatu yang menyerap di dalam hati, ada yang mahmud (terpuji) ada yang madzmum (tercela); tercela (apabila) bukan pada tempatnya, manakala yang terpuji (apabila dugunakan) di sisi kebenaran dan agama. Inilah mungkin unkapan yang sempurna bagi mengambarkan perasaan marah.


Kemarahan (kemurkaan) Allah s.w.t adalah lebih hebat, mengatasi segala kemarahan yang ada di dunia ini. Tetapi kemungkaraan hanya ditujukan kepada orang yang ingkar dengan perintah-Nya. Antara golongan yang dimungkari oleh Allah s.w.t secara khusus adalah bangsa israel. Ini jelas dalam firman berikut:


.. dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mujizat-mujizat yang membuktikan kebesaran-Nya): dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh...
(al-quran: al baqarah 2:61)


Namun begitu kemaafan dan keampuan serta rahmat Allah s.w.t lebih luas dari kemungkaraan-Nya. Kemarahan boleh dikawal, jangan memberi ruang kepada syaitan menguasai kemarahan kita kerana ianya akan mengakibatkan sesuatu yang buruk akan berlaku pada diri kita sendiri kerana syaitan setiap detik dan saat akan berusaha menyesatkan dan menghancuran keperibadian kita.





Sabtu, 19 Mac 2011

Bukan nak popular



" Buka lah seindah pelangi....." kata sesuatu kepada rakan. " seindah pelangi... ape tu"? jawab rakan yang ditanya tadi....lalu ku menjawab sebuah blog....tengok dan baca lah.....

Perbualan tersebut terus berlanjutan....pelbagai soalan yang ditanya....puas juga nak jawab soalan-soalan tersebut, yelah setiap soalan ditanya ternyata semuanya hampir sama. Hmmm.....tapi soalan yang paling ku tidak gemari ialah " tujuan buat blog ini semata-mata nak popular ke?".

Sebenarnya terbentuk blog ini, bukanlah semata-mata nak cari nama atau untuk menjadi popular...blog ini sekadar untuk berkongsi sesuatu maklumat atau berkongsi kenangan yang ada pada diri ini. Blog ini bukan bertujuan nak menghina atau memburukkan sesuatu.

"Sekadar nak berkongsi itu sahaja tujuannya" tegasku kepada rakan-rakan.......Bukan ku memaksa mereka  untuk melayari blog ini, tapi hanya ingin memberitahu kepadanya tentang blog ini. Terpulang pada mereka nak membacanya atau melihatnya...itu hak mereka, tidak dayaku untuk memaksa...dan juga bukan caraku dan ku juga tidak suka dipaksa.

Yang jelasnya...blog ini bukan untuk mencari populariti...jika dilihat bukan ramai pun yang menjadi rakan blog ini...hanya 12 orang je...tapi ku tetap berterima kasih kepada mereka kerana sudi menjadi rakan blog seindah pelangi ini. Bagiku mereka tetap rakan yang membina...maksudnya komen-komen mereka sangat membina...ini menambah lagi semangatku untuk terus berkarya.

Ingin ku tegas disini.....bukan bertujuan nak popular, cuma hanya sekadar berkongsi pengalaman atau  berkongsi sesuatu maklumat. Dan ku tidak memaksa sesiapa untuk melayari blog ini. Hanya sekadar ingin memberitahu tentang blog ini. Seindah pelangi bukan mencari glamor atau ingin menjadi terkenal, dan bukan untuk menghina sesuatu atau sesiapa. Jika dilihat...seindah pelangi seumpama melihat pelangi yang muncul diwaktu mendung....mereka akan melihat-melihat pelangi itu sambil mempelihatkan kecantikan pelangi tersebut....dan apabila pelangi itu hilang mereka tidak melihat lagi dan segala yang dilihat itu tiada lagi..dan begitulah yang ku harapkan pada blog ini. Sekian...



Khamis, 17 Mac 2011

Khatimah

                                           
Saya ingin mengajak kalian merenungi kata-kata Maryam Jameelah atau sebelum ini Margaret (Peggy) marcus, seorang Yahudi Amerika yang memeluk islam pada 1961. Beliau menulis surat kepada ibubapanya...

" Ayah, anda telah mengulangi beberapa kali bahawa anda tidak boleh menerima mana-mana agama tradisi kerana anda yakin bahawa teologi bertentangan dengan sains moden. Sains dan teknologi sebenarnya telah memberi banyak maklumat kepada kita tentang alam nyata, menyediakan kesenangan dan keselesaan yang tidak pernah ditemui sebelum ini, meningkatkan kecekapan dan menemukan ubat-ubatan bagi banyak jenis penyakit yang biasanya boleh membawa maut. Namun, sains tidak pernah dan tidak akan pernah dapat mengajar kita tentang makna (hakikat) kehidupan dan kematian. Sains memberitahu kita 'bagaimana' tetapi tidak pernah dapat menjawab persoalan 'kenapa'. Pernahkah sains mampu memberitahu kita apa yang betul dan apa yang salah? Apakah yang dikatakan baik (khair) dan apakah yang dikatakan yang buruk (syar)? Apakah yang terpuji (hasan) dan apakah yang tercela (qabih)? Kepada siapakah kita bertanggungjawab dengan apa yang kita buat? Hanya agamalah yang dapat mengajar semua ini.
Itulah kefahaman bekas pengikut Zionis yang telah memeluk islam, tentang sains dan agama. Beliau telah membuat perbezaan yang jelas dengan bahasa yang padat dan tepat untuk menggambarkan bahawa sains langsung tidak bernilai dipandang dari aspek keperluan manusia kepada agama. Contohnya, sains boleh menerangkan 'bagaimana' manusia dijadikan, tetapi sains tidak akan dapat menjawab persoalan 'kenapa' manusia dijadikan. Sains juga dapat menerangkan 'bagaimana' solat boleh menyihatkan badan tetapi sains tidak akan dapat menjawab 'kenapa' manusia solat. Memandangkan Allah yang menjadikan manusia dan Allah yang mewajibkan solat, maka hanya Allah sahajalah yang dapat menjawab persoalan 'kenapa' Dia berbuat demikian.

Sahabatku..Islam adalah agama yang benar dan setiap hukumnya adalah hukum yang benar. Semuanya berasal dari Allah s.w.t. Kita sebagai hambaNya bukanlah pihak yang bersalah dan tidak perlu membela diri dengan pelbagai tuduhan. Kita tidak perlu terjebak dengan sikap apologetic seperti yang dialami oleh pendeta-pendeta gereja suatu ketika dahulu dimana mereka terpaksa mencari-cari bukti dan hujah tentang kebenaran gereja untuk menaikkan semula imej gereja yang sememangnya rosak.





Isnin, 7 Mac 2011

Bisikan Hati

Betul la tu........Ada orang yang yang mengaku la ilaha ill allah tapi kerja kerana tauke yang membayar gaji dia, makan kerana tauke yang bayar gaji dia, tidur kerana tauke yang bayar gaji dia, bangun dari tidur kerana tauke yang bayar gaji dia, tahan sakit kerana tauke yang bayar gaji dia........

Pendek cerita...................23 jam dari 1 hari adalah untuk tauke yang bayar gaji dia. Apa benda yang la ilaha ill allah kalau 1 jam dia beri kepada tuhan yang beri dia badan, tulang, organ, nyawa, roh dan 23 jam dia beri kepada tauke yang bayar gaji dia? Patut dia mintalah tulang, badan, organ dengan nyawa dia daripada tauke yang bayar gaji dia.

Orang macam tu........perlu tukar je sikit baca ayat jadi wanusuki wamahayaya wamamati.....semuanya untuk tauke yang bayar gaji bulanan dia.