Pages

Sabtu, 14 Mei 2011

Manusia dan Iblis

Sesungguhnya, Allah yang mencipta Adam dan menjadikan Adam seorang manusia dan kemudian Allah berkata kepada malaikat-malaikat: "sujudlah kamu kepada Adam" dan mereka sujud tetapi tidak iblis- dia enggan sujud kepada Adam dan itu ialah kerana iblis enggan termasuk dalam golongan yang sujud.

Allah menyoal iblis: Apakah yang menghalang kamu daripada sujud ketika Aku perintahkan kamu sujud kepada Adam?: "Darjat aku lebih tinggi daripada Adam dan aku diciptakan dari api sedangkan Adam dijadikan dari tanah" Allah menghukum iblis:"Turun kamu dari tempat ini dan itu ialah kerana ini bukan tempat untuk kamu berlaku biadap. Keluar kamu dari tempat ini kerana kamu dari golongan yang hina.

Iblis minta kepada Allah: "Berilah tempoh kepada aku hingga ke Hari itu di mana manusia akan dibangkitkan semula" dan jawapan Allah kepada iblis:"Kamu dari golongan yang diberi tempoh.

Iblis berkata:"Disebabkan Kamu mengeluarkan aku dari tempat ini, maka aku akan tunggu manusia yang Kamu cipta di jalan benar Kamu dan aku akan menyerang serta menghasut mereka dari arah hadapan mereka serta dari arah belakang mereka dan dari arah kanan mereka serta kiri mereka supaya mengingkari jalan benar Kamu dan Kamu akan dapati kebanyakan mereka berlaku khianat kepada Kamu" Allah menghukum iblis:" Keluar kamu dari tempat ini dan kamu makhluk terhina dan terusir dan sesiapa di antara manusia yang menurut kamu, maka Aku akan penuhi Neraka Jahanam dengan golongan kamu.

Allah memberi pringatan dan amaran kepada Adam dan isterinya:"Ya Adam! Tinggalllah kamu dan isteri kamu di Al-Jannah ini dan makanlah makanan yang kamu sukai tetapi janganlah kamu berdua hampiri pokok ini dan jika kamu hampirinya, maka kamu berdua akan menjadi Orang Zalim.

Dan setelah itu, Shaitan membisikkan hasutan kepada Adam dan isterinya supaya dapatlah ia menampakkan kepada mereka alat kemaluan mereka yang sebelum itu tertutup dari pandangan mereka. Shaitan berbohong kepada mereka:"Allah mengharamkan kamu berdua menghampiri pokok ini kerana Allah tidak mahu kamu berdua menjadi malaikat atau makhlik yang tidak akan mati" dan Shaitan menggunakan nama Allah untuk bersumpah palsu dan berkata:"sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat baik."

Maka Shaitan dapat menipu Adam dan isterinya melakukan perkara yang dilarang Allah dan setelah mereka makan buah dari pokok itu, maka terdedahlah kepada mereka alat kemaluan mereka yang sebelum itu tertutup dari pandangan mereka dan mereka menggunakan daun-daun yang terdapat di Al-Jannah untuk menutup alat kemaluan mereka dan Allah menyoal Adam dan isterinya:"Tidakkah Aku telah melarang kamu berdua dari menghampiri pokok itu dan tidakkah Aku telah katakan kepada kamu berdua bahawa Shaitan adalah musuh kamu yang nyata.

Adam dan isterinya merayu kepada Allah:"Ya Allah, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Allah tidak ampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, sudah pasti kami akan menjadi golongan yang rugi. Jawapan Allah kepada Adam dan isterinya:"Turun kamu semua dari sini. Bumi menjadi tempat kamu akan hidup bermusuh-musuhan antara keturuanan manusia dan keturuanan shaitan sehingga tiba waktu mati kamu. Di bumi kamu akan hidup dan di bumi kamu akan mati: dan dari bumi itu kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.

Semua perkara diatas merujuk kepada Surah Al-A'raf.



0 ulasan:

Catat Ulasan