Pages

Khamis, 17 Mac 2011

Khatimah

                                           
Saya ingin mengajak kalian merenungi kata-kata Maryam Jameelah atau sebelum ini Margaret (Peggy) marcus, seorang Yahudi Amerika yang memeluk islam pada 1961. Beliau menulis surat kepada ibubapanya...

" Ayah, anda telah mengulangi beberapa kali bahawa anda tidak boleh menerima mana-mana agama tradisi kerana anda yakin bahawa teologi bertentangan dengan sains moden. Sains dan teknologi sebenarnya telah memberi banyak maklumat kepada kita tentang alam nyata, menyediakan kesenangan dan keselesaan yang tidak pernah ditemui sebelum ini, meningkatkan kecekapan dan menemukan ubat-ubatan bagi banyak jenis penyakit yang biasanya boleh membawa maut. Namun, sains tidak pernah dan tidak akan pernah dapat mengajar kita tentang makna (hakikat) kehidupan dan kematian. Sains memberitahu kita 'bagaimana' tetapi tidak pernah dapat menjawab persoalan 'kenapa'. Pernahkah sains mampu memberitahu kita apa yang betul dan apa yang salah? Apakah yang dikatakan baik (khair) dan apakah yang dikatakan yang buruk (syar)? Apakah yang terpuji (hasan) dan apakah yang tercela (qabih)? Kepada siapakah kita bertanggungjawab dengan apa yang kita buat? Hanya agamalah yang dapat mengajar semua ini.
Itulah kefahaman bekas pengikut Zionis yang telah memeluk islam, tentang sains dan agama. Beliau telah membuat perbezaan yang jelas dengan bahasa yang padat dan tepat untuk menggambarkan bahawa sains langsung tidak bernilai dipandang dari aspek keperluan manusia kepada agama. Contohnya, sains boleh menerangkan 'bagaimana' manusia dijadikan, tetapi sains tidak akan dapat menjawab persoalan 'kenapa' manusia dijadikan. Sains juga dapat menerangkan 'bagaimana' solat boleh menyihatkan badan tetapi sains tidak akan dapat menjawab 'kenapa' manusia solat. Memandangkan Allah yang menjadikan manusia dan Allah yang mewajibkan solat, maka hanya Allah sahajalah yang dapat menjawab persoalan 'kenapa' Dia berbuat demikian.

Sahabatku..Islam adalah agama yang benar dan setiap hukumnya adalah hukum yang benar. Semuanya berasal dari Allah s.w.t. Kita sebagai hambaNya bukanlah pihak yang bersalah dan tidak perlu membela diri dengan pelbagai tuduhan. Kita tidak perlu terjebak dengan sikap apologetic seperti yang dialami oleh pendeta-pendeta gereja suatu ketika dahulu dimana mereka terpaksa mencari-cari bukti dan hujah tentang kebenaran gereja untuk menaikkan semula imej gereja yang sememangnya rosak.





0 ulasan:

Catat Ulasan