Pages

Isnin, 2 Mei 2011

Selamat Hari Pekerja

Setiap 1 Mei kita akan menyambut hari pekerja, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja untuk semua yang bekerja.

Hari Pekerja atau lebih dikenali sebagai Hari Buruh mula diiktiraf pada tahun 1973,dan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am (cuti umum) pada tarikh 1 Mei setiap tahun bagi menghargai sumbangan setiap pekerja.

Bukan itu sahaja, ia juga merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja dan ini dikenali sebagai Hari Pekerja Antarabangsa. Dengan itu tarikh 1 Mei dipilih serta digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour  pada tahun 1872 di Kanada, meminta lapan jam waktu bekerja di Amerika Syarikat serta dikuatkuasakan pada 1 Mei 1886 dan ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket pada tahun 1886.

Pelbagai cabaran yang ditempuhi dalam menegakkan keadilan hak-hak pekerja supaya pekerja tidak di tindas oleh majikan yang hanya mementingkan diri sendiri. Dan setiap masa dan saat persatuan pekerja tetap mempertahankan hak-hak pekerja supaya peristiwa sebegitu tidak berulang lagi serta memperkukuhkan lagi apa yang telah mereka miliki sekarang.

Pekerja merupakan nadi bagi setiap syarikat, organisasi ataupun negara. Tanpa pekerja yang produktif dan proaktif adalah sukar bagi syarikat atau sesebuah organisasi untuk beroperasi apa lagi berkembang dari semasa ke semasa. Disamping itu pelbagai anugerah diwujudkan bagi menghargai sumbangan pekerja yang telah berjaya mempamerkan keberkesan dalam menjalankan setiap tugasnya.

Dengan itu marilah kita bersama-sama meningkatkan mutu kerja kita supaya lebih berkualiti dan membantu  organisasi atau syarikat supaya lebih maju dan berkembang.









1 ulasan:

abuikhwan berkata...

selamat hari pekerja bagi yang ada kerja...

Catat Ulasan