" Buka lah seindah pelangi....." kata sesuatu kepada rakan. " seindah pelangi... ape tu"? jawab rakan yang ditanya tadi....lalu ku menjawab sebuah blog....tengok dan baca lah.....
Perbualan tersebut terus berlanjutan....pelbagai soalan yang ditanya....puas juga nak jawab soalan-soalan tersebut, yelah setiap soalan ditanya ternyata semuanya hampir sama. Hmmm.....tapi soalan yang paling ku tidak gemari ialah " tujuan buat blog ini semata-mata nak popular ke?".
Sebenarnya terbentuk blog ini, bukanlah semata-mata nak cari nama atau untuk menjadi popular...blog ini sekadar untuk berkongsi sesuatu maklumat atau berkongsi kenangan yang ada pada diri ini. Blog ini bukan bertujuan nak menghina atau memburukkan sesuatu.
"Sekadar nak berkongsi itu sahaja tujuannya" tegasku kepada rakan-rakan.......Bukan ku memaksa mereka untuk melayari blog ini, tapi hanya ingin memberitahu kepadanya tentang blog ini. Terpulang pada mereka nak membacanya atau melihatnya...itu hak mereka, tidak dayaku untuk memaksa...dan juga bukan caraku dan ku juga tidak suka dipaksa.
Yang jelasnya...blog ini bukan untuk mencari populariti...jika dilihat bukan ramai pun yang menjadi rakan blog ini...hanya 12 orang je...tapi ku tetap berterima kasih kepada mereka kerana sudi menjadi rakan blog seindah pelangi ini. Bagiku mereka tetap rakan yang membina...maksudnya komen-komen mereka sangat membina...ini menambah lagi semangatku untuk terus berkarya.
Ingin ku tegas disini.....bukan bertujuan nak popular, cuma hanya sekadar berkongsi pengalaman atau berkongsi sesuatu maklumat. Dan ku tidak memaksa sesiapa untuk melayari blog ini. Hanya sekadar ingin memberitahu tentang blog ini. Seindah pelangi bukan mencari glamor atau ingin menjadi terkenal, dan bukan untuk menghina sesuatu atau sesiapa. Jika dilihat...seindah pelangi seumpama melihat pelangi yang muncul diwaktu mendung....mereka akan melihat-melihat pelangi itu sambil mempelihatkan kecantikan pelangi tersebut....dan apabila pelangi itu hilang mereka tidak melihat lagi dan segala yang dilihat itu tiada lagi..dan begitulah yang ku harapkan pada blog ini. Sekian...
2 ulasan:
terus berkarya, mohon tunjuk ajar...
ana yg ptt mmohon tunjuk ajar dr anta....
Catat Ulasan