Pages

Selasa, 12 April 2011

Api Yang Membara......


Perasaan marah adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia. Marah ibarat api dalam sekam. Siapa yang tidak pernah marah? Kemarahan secara umumnya dianggap sebagai aspek yang negatif dan mengakibatkan sesuatu yang tidak baik yang akan berlaku. Tetapi marah juga boleh membantu dalam perubahan diri yang lebih baik. Apa pun definisi yang digambarkan, marah adalah sifat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada makhluknya

Marah sebahagian daripada makhluk, ia adalah sesuatu yang menyerap di dalam hati, ada yang mahmud (terpuji) ada yang madzmum (tercela); tercela (apabila) bukan pada tempatnya, manakala yang terpuji (apabila dugunakan) di sisi kebenaran dan agama. Inilah mungkin unkapan yang sempurna bagi mengambarkan perasaan marah.


Kemarahan (kemurkaan) Allah s.w.t adalah lebih hebat, mengatasi segala kemarahan yang ada di dunia ini. Tetapi kemungkaraan hanya ditujukan kepada orang yang ingkar dengan perintah-Nya. Antara golongan yang dimungkari oleh Allah s.w.t secara khusus adalah bangsa israel. Ini jelas dalam firman berikut:


.. dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mujizat-mujizat yang membuktikan kebesaran-Nya): dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh...
(al-quran: al baqarah 2:61)


Namun begitu kemaafan dan keampuan serta rahmat Allah s.w.t lebih luas dari kemungkaraan-Nya. Kemarahan boleh dikawal, jangan memberi ruang kepada syaitan menguasai kemarahan kita kerana ianya akan mengakibatkan sesuatu yang buruk akan berlaku pada diri kita sendiri kerana syaitan setiap detik dan saat akan berusaha menyesatkan dan menghancuran keperibadian kita.